Salam dari pihak Duit Pertanian,
Perusahaan menternak ikan keli semakin mendapat sambutan di kalangan warga Malaysia. Sehingga kini pihak Duit Pertanian telah diajukan beratus ratus soalan mengenai penternakan ikan keli. Pihak Duit Pertanian masih lagi dalam perancangan menulis buku ikan keli kerana pihak kami tidak mengejar kuantiti jualan buku tetapi kualiti buku ikan keli.
Sehingga kini buku Ternakan Cacing dan Penanaman Cendawan telah menjadi rujukan bagi institusi penanaman dan agrikultur bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia dan juga Brunei. Ini kerana buku yang dikeluarkan adalah berkualiti dimana proses permulaan perniagaan,penyakit,masalah yang akan dihadapi,pengiraan kos permulaan perniagaan,senarai pembekal, senarai tempat latihan diberitahu secara terperinci.
Begitu juga yang akan kami lakukan pada buku Ternak Ikan Keli. Kami berharap pelayar pelayar internet yang meminati Duit Pertanian akan dapat bersabar sempena pengeluarannya tidak lama lagi.
Tetapi untuk tidak menghampakan pelayar pelayar Duit Pertanian, kami disini menyediakan no telefon dan pusat latihan penternakan Ikan Keli yang bole dihubungi
Adzmi = 012-2540826
Active Surge Sdn Bhd = 012-2540826
**Perhatian: Pihak Duit Pertanian tidak terlibat dengan mana-mana individu atau pusat latihan yang dinyatakan diatas. Atas sekadar membuka peluang kepada pelayar-pelayar Duit Pertanian pada masa kini. Senarai pengedar dan pusat latihan yang bertauliah akan dimuatkan dalam buku ternak ikan keli pada masa nanti.





