Ayam Kampung

Baru-baru ini, pihak kami meninjau usaha seorang penternak di Banting yang menceburikan diri dalam bidang penternakan ayam kampung. Buat pertama kalinya kami melihat projek penternakan ayam kampung dijalankan secara integrasi di ladang kelapa sawit.

Usaha ini dijalankan di atas tanah ladang kelapa sawit seluas 19 ekar dengan jumlah ternakan 5000 ekor kesemuanya. Ayam-ayam dari pelbagai peringkat umur ini dibiarkan berkeliaran di dalam kawasan yang dipagari.

Cetusan Idea
Menurut En. Senon, penternak terbabit, segala-segalanya bermula apabila beliau memperhatikan gelagat seekor ibu ayam yang biasa merayau-rayau di ladang sawit tersebut, membawa pulang 12 ekor anak ayam bersama. Bermula dari peristiwa ini telah mencetuskan idea bagi Encik Senon, untuk melibatkan diri dalam projek menternak ayam kampung ini secara serius.

Bermula hanya dengan seekor ayam jantan, seekor ibu dan 12 ekor anak ayam kampung, beliau berusaha membiakkan baka anak ayam kampung ini melalui bekalan ayam yang diperolehinya daripada penduduk kampung yang dibeli dengan harga RM 8.00 sekilo. Bermula dengan kawasan asalnya yang hanya seluas 2 ekar,hasilnya kini, beliau telah membina kawasan seluas 19 ekar untuk menampung ayam peliharaannya yang semakin membiak. Walaupun beliau tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini, tetapi kerana minat yang telah tertanam dalam dirinya, beliau terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Pengurusan Ternakan
Apabila ditanya tentang pengurusan ayam-ayam peliharaannya, beliau menyatakan belum begitu mahir mengenainya. Buat masa ini, apa yang dilakukan adalah, beliau mengasingkan kawasan pemeliharaan ayam untuk dijadikan baka dan untuk yang hendak dijual di kawasan yang berasingan.

Setiap ibu ayam yang bertelur diletakkan dalam kotak khas. Menurut Encik Senon, ayam betina mula bertelur apabila berumur 8 bulan sehingga berumur 3 ke 5 tahun. Seekor ibu ayam yang baik boleh bertelur kira-kira 12-25 biji telur pada satu-satu masa. Kebiasannya hanya 12 biji telur sahaja yang ditinggalkan untuk diperam oleh ibu ayam, kerana jumlah ini dikatakan sesuai dan memberikan cukup ruang untuk si ibu ayam memanaskan telur tersebut. Kebiasaannya kesemua telur akan menetas dan ada kalanya 1-2 biji sahaja yang rosak. Pengeraman ini mengambil masa 18-20 hari untuk menetas

Ibu ayam bersama anak-anaknya yang telah menetas dipindahkan ke dalam reban yang berjaring dan mempunyai lampu untuk tujuan keselamatan dan membiarkan si ibu menjaga anak-anaknya. Setelah anak ayam berumur 1-3 minggu, ia akan diasingkan daripada ibunya dan diletakkan bersama anak-anak ayam daripada ibu yang lain dalam reban berjaring dan mempunyai lampu. Anak ayam ini mula diberikan makanan komersial permulaan. Vitamin yang telah dilarutkan dalam air juga diberikan dalam tempoh 1-2 minggu. Di samping itu antibodi juga tidak lupa diberikan. Anak ayam mula dilepaskan ke tanah setelah berumur kira-kira 1 bulan.

15 Comments »

  1. avatar Asmadi Says:

    Salam tuan,
    kalau boleh saya tahu, projek pelihara ayam kg di dlm kebun sawit tu..kebun sawit tu kepunyaan beliau sendiri atau di sewa atau bagaimana?

    sebab saya berminat jugak dgn projek itu. modal ada lah sikit! tapi bermasaalah nak dapatkan tanah/tempat untuk jalankan usaha tersebut. Kalau nak menyewa, rasanya permulaan, PITAM nak byr sewa tanah!!!

    ada apa2 cadangan ?
    terimakasih.
    asmadi, 016 366 9529 atau email: aa_inaiv@streamyx.com

  2. avatar nin Says:

    saya duduk di kuala langat dan mengusahakan secara kecil-kecilan ternakan ayam kampung. Saya berhasrat untuk besarkan projek ini, Boleh berikan alamat dan nombor telefon encik Senon di Banting. Terima kasih

  3. avatar Azizain Says:

    Salam….
    Boleh saya tahu alamat tuan kerana saya ingin melawat ke sana..
    Saya ada membela ayam kampung tapi secara kecilan..
    Saya menetap di Kg Sijangkang..
    azizain..012-9242032

  4. avatar puyau Says:

    saya ingin tahu kandang dalam kebun sawit bagaimana caranya..
    1. ketika memetik buah sawit adakah tidak mengganggu ayam tersebut.
    2. ketika membuang pelepah daun sawit
    3. apakah makanan yang sesuai untuk ayam kampung.

  5. avatar marza Says:

    salam..

    saya anak peneroka FELDA kat kerteh TRG…bapak ada ladang kelapa sawit 10 ekar…menarik gak ternak ayam kampung dlm ladang TETAPI:-

    1) Risiko binatang buas (harimau, musang etc)
    2) Risiko manusia buas (pencuri, penyangak kg etc)
    3) kedudukan ladang yg jauh menyukarkan usaha pemantauan

    TETAPI…semuanya boleh diatas JIKA:-
    1) Penternak memilih kandang/halaman jaring yg sesusai dan selamat
    2) Penternak mendirikan sebuah rumah/bilik operasi di ladang dan operasi memantau dilakukan dgn kerap utk menghalau binatang buas dan manusia buas

    Insyaallah saya pun berminaknak menceburi bidang ni…rasa rugi ihat ladang kelapa sawit bapak 10 ekar tu tak di manfaatkan sebetul2nya…

    Wassalam

  6. avatar tapprizi Says:

    boleh tak encik Senon berikan no.handphone untuk berhubung untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan ternakan ayam kampong.

  7. avatar Mijin Asong Says:

    Salam…Saya dari Simunjan, Sarawak juga juga berminat terhadap usaha murni , untuk menternak Ayam kampung kerana saya ada mempunyai ladang kelapa Sawit kepunyaan saya seluas 10 ekar (belum lagi matang), untuk dijadikan tapak bagi memelihara ayam kampung, Ini kerana semasa saya lagi budak dahulu keluarga saya sering menetap di kebun dan sentiasa ada memelihara ayam kampung, tetapi hanya

    Tahniah, kepada En. Senon kerana telah berjaya memelihara sehingga 5000 ekor ayam kampung, dan saya ingin bertanya: Bagaimana pulangan hasil pendapatan daripada jumlah ayam ni ?, apa jenis makanan utama?, Kawalan penyakit tahunan “raniket”?, Bagaimana dan dimana pemasaran ayam?

  8. avatar kuikuji Says:

    saya sedang berbincang dgn rakan2 saya utk menternak ayam kampung. saya dan rakan2 saya merupakan graduan dari ipta2 tempatan, dan kami berbincang utk memulakan ternakan ayam kampung. saya ingin membinta khidmat nasihat saudara tentang risiko2 yg bakal di hadapi setelah menjalankan ternakan ini. risiko2 yg saya maksudkan ialah seperti
    1.penyakit/cara mengatasi penyakit
    2.musuh dan cara mengatasi
    3.ayam menjadi ringan

    saya juga ingin meminta khidmat nasihat saudara tentang makanan yg sesuai…

    saya memohon jasa baik saudara utk berkongsi pengalaman dlm menternak ayam kampung…

    sekian terima kasih

  9. avatar nasir Says:

    Saya ni baru nak buat pemeliharaan ayam secara kecil-kecilan..tetapi saya cuma ada kawasan tapak pengurusan yang kecil untuk tujuan tersebut.. Boleh tak bg sebarang komen untuk tempat yang kecil untuk memelihara ayam kampong…Barang yang diperlukan juga utk buat reban ayam apa dia ya?…

  10. avatar Muhamad Nazri bin Hussin Says:

    Saya ada buat projek ternakan ayam kampong tulin di ladang kelapa sawit yang terletak di Kota Tinggi,Johor.Ternak ayam kampong ni tak susah sangat.Cuma kena tahu serba sedikit ilmu pengurusan ayam kampong.Kepada sesiapa yang berminat nak buat projek ayam kampong atau nak dapatkan bekalan anak ayam kampong ni bolehlah menghubungi saya untuk khidmatnasihat percuma.Tel : 013-7236085 atau e-mail : twister.farm@yahoo.com.my

  11. avatar aishah Says:

    tahniah en.senon. sy memang berminat dengan penternakan tak kira apa pun yg blh mdpt kan pulangan tp masalah sy, bila sy dah bela lama-lama sy akan jd syg pd benda tu dan akan berasa berat hati nak jual…sy harap en senon akan terus maju dengan perniagaan ni..k

  12. avatar Alias Says:

    salam semua, kawan saya ada byk stok aym kampg. tapi tak boleh nak jual dengan harga yang agak baik ! ada sapa2 tau dimana pasaran yang harganya AGAK BAGUS ! tq. Dino

  13. avatar Ambok Manuk Says:

    Assalamualaikum,

    Saya baru sahaja berjinak-jinak membela ayam kampung ini awal januari lepas hingga skrg ni.pengeluarannya sedikit sahaja sekitar 50 ~ 100 ekor aje.lagi pun saya sedang tercari-cari tentang vitamin yang seusai untuk ayam ini.Jika ada maklumat tentang vitamin minta sebar-sebarkan kpd saya.terima kasih Ambok Manuk Jalan Kebun

  14. avatar liza Says:

    Saya ada juga ternak ayam kampung. Selama saya ternak tak pernah ada masalah. Saya juga buat pagar dengan elok. Bila nak jual ada persaingan dengan mat dadah. Dia orang curi dan jual murah. Bayangkan dia orang jual RM3 1 ekor kat pasar borong. Frust rasanya. Saya bercadang nak beralih pada penanaman tebu. Kalau kawan-kawang semua ada pengalaman tanam tebu, harap sudi kongsi dengan saya. 012 4644445. Terima kasih.

  15. avatar Muhamad Nazri bin Hussin Says:

    Salam semua.Sesiapa yang nak perlukan bekalan ubat-ubatan ayam kampung seperti vitamin, colestin dan cacing bolehlah menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut di talian 013-7236085 ( Muhamad Nazri ) atau 019-7746415 ( Hairul Anuar ) atau e-mail : twister.farm@yahoo.com.my

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment